Tuesday, July 12, 2016

Syawal 2016.


syawal7, bismilillah..

Black & Brown this year, aku plan tudung tu gold tapi beli online kaler lari habis. Itu sauk shawl lama. Jadiklah boleh je beraya. Huhu

Tahun ni #teamrayapahang. Cembiasa, pose gambar pagi raya di sebalik pokok kelapa yang dah agak naked tu macam wajib pulak dah. Pasal aku alang2 saja nak compile semua gambar pagi raya tiap tiap tahun di balik pokok tu. Tu pun dah nak tengahari, tu yang kecik bijik mata =)

Anak anak aku macam biasalah takdek nak bagi peluang sangat pun ajak2 gambar ni.. Depa taktau, gambar2 ni semua valuable. Pagi raya lepas dah siap dorang teros hilang gi rumah nenek sedara dorang. Aku nampak dorang je teros grab mintak adik ipar snap laju2. Bertuah wey. Kiteorang ni dah rupa pasangan baru kawin je. Anak tah ke mana. Aku perati je lepas bebudak ni salam, teros lari lagi. Abes lah cicir duit raya segala. Mak nak simpan tak kasik. Nanges2 macam kena pukul.

Aku banyak benda je nak tulis tu kadang nak carik time tu macam susah. Yang betulnya, memang malas. Kahkah tapi ni hapdate setahun sekali pun best dah. Kakakaka


Monday, December 28, 2015

Penghujung 2015.

Sepanjang tahun 2015 ni, bab kesihatanlah paling menguji aku. Demam sepakej dengan benda benda basic yang lain, kebah.. Akhirnya datang semula demam - kebah - demam - kebah dan sekarang sedang sengsara demam, batuk, selsema yang tak tahu bilalah nak kebah.

Letih sungguh. Letih sebab tang batuk tu.. Hidung berair time tidur malam aku boleh tahan lagi. Kalau dah terbatuk, 4 pagi terjaga, memang termuntah muntah lah jawabnya. Jumpa doktor pun sudah, mungkin sedang dalam fasa ; nak kebah. Insyaallah.

Anyway, selamat tahun baru kepada kengkawan atau pengunjung blog ni. Semoga kita dapat perbaiki diri, menjadi lebih baik dari hari hari yang lepas.

Tak kuasa dah aku nak berazam lebih lebih, cuma harapnya, dapatlah menjadi seorang ibu yang lebih tenang..

Thursday, August 06, 2015

Syawal 2015.

Assalamualaikum.. Happy raya gais. How's your raya? Havoc? Seronok makan? Makan manyak taakkk?? Hahaha... Tak berani ah aku nak naik penimbang buat masa sekarang ni. Melantak macam membela je.. Hari tu molek je dagu dabel chin, sikalang sudah triple chin. Ke fourchin? Kahkah nasiblah...

Oh eniway, our family photos. Macam biasa, perusak gambar sentiasa membikin onar. Takpa.. Takpa.. Nanti aku compilekan semuaaaaa gambar raya family ni, dah besar esok umi albumkan khas untuk uols berdua ye. Terimalah. Album raya random uols. huhh.. Ini ada la jugak pakai songkok. Last year lepas mandi pagi raya, nak pakaikan fahrin baju melayu baru dia. Ada ke patut dia nak koyakkan baju melayu dia? Direntap rentap sebab nak pakai tiset je. Ewah sangat. Peel tu peel. Grr. Tu baru abang. Adik belum lagi. Tak campur bapak budak lagi. Ehehehe selamat hari raya awaaa :D

Salam raya ngan umi pun merajuk rajuk anak anakku ini. Sabar je lah.

Raya kali-7. Aidilfitri 2015.

Friday, June 26, 2015

Hujung Minggu : Tengok Wayang


Cerita apa? Dinosaur lah.. Tengok teaser tuari pun dah peh peh best ni best. Memang berbaloi rasa tengok kat panggung. Puas hati ah. Seat pon best. Bebudak semua ok. Cuma aku pening luqman kejap nak duduk atas aku, kejap gi kat apak dia, kejap nak duduk sorang jangan kacau dia. Apa sajalah awak dik..

Siapa belom gi tengok, gi ah. Bawak anak boleh, Nak dating boleh. Terpulang. Dedua best. Haha.

Aku rasa fahrin ngan adik dia ni start tengok movie serentak berdua tu kalau tak salah aku macam tahun 2013 kot. Aku bawak dorang tengok Bola Kampung kat ecurve. Lepas dari tu memang sokmo je bawak, dorang pun steady je tak berapa nak buat perangai pelik pelik kat dalam panggung. Kira lulus la nak bawak pun.

Nampak dorang macam happy sangat ah bila kadang ada aktiviti tengok wayang gini. Kira macam reward kat dorang la kalau behave. Etlis sebulan sekali ah bawak pun itu pun aku rasa macam kerap kahkah. Pastu seronok ah tengok dorang macam excited dok tunggu je wiken kalau dah janji nak bawak. Itu yang aku decide better beli movie clubcard. Senang. Boleh earn points. Pastu dapat tebus tiket free. Kali pertama beli movie club tu, dia dah sekalikan ngan popcorn, air, tiket 2 orang. Time birthday dapat lah tiket free lagi. Pastu cukup point tebus lagi tiket free.

Masuk panggung haruslah beli popcorn kan. Luqman tu umak aiii kerek. Popcorn kena beli satu kat dia. Conquer sorang siap peluk dia tu. Fahrin nak masuk tangan mintak ciked pun dia tepis tangan abang tu. Maka nya, terpaksa la gi beli extra lagi satu baru boleh kongsi bertiga.

Aku bawak dorang tengok kat one utama je. Senang paling dekat ngan umah. Ada la sekali gi tengok kat klcc. Maigad ramai gila umat. Pastu tengok bangla ngan aku macam takdek beza. Huhu. Pack sangat lah situ. Tak kuasa aku nak membangla kan diri kat situ. Meh la kita gi tempat yang tenang sikit.

Thursday, June 25, 2015

Seminggu Ramadhan.

Alhamdullilahhhh.. Selesai dah seminggu puasa. Ada lagi 3 minggu untuk kita merindui ramadhan. :')

Kejap je kan. Macam baru je sambut puasa pertama khamis lepas. Dah jumpa khamis baru. Esok nak balik kampung, plan nak berbuka ngan family mertua pulak. Bulan puasa yang mulia ni dapat gak balik awal setengah jam, jadiklah tu. Tapi tapi kan.. esok nak mintak bos balik awal sikittt kot. Pukul 4 lebih kurang. Pasal nak balik kampung, nak berbuka sekali. KL-Temerloh biasa sejam lebih tapinye nak round round bazar kalau dan kahkah ada hati tu macamkan takdek hari sabtu. Huahua

Takdeklah... Kiteorang amek order makcik farid kat kampung tu. Dia kirim belikan nasik arab al-rawsha. Takkan nak balik ngam ngam sampai pukul 6 lebih ye dak. Kang dia nak panaskan nasik arab tu lagi. Nak prepare lagi. Harap sempatlah staff al rawsha hantar nasik esok kat umah. Boleh delivery katanya. Tayah nak ke kampung pandan semata nak beli nasik arab tu. Maklum la lepas jumaat kan waktu puncak. Jem githuw.

Untuk umah mertua kang, beli lamb madghut ser, chicken mandy ser. Cukup la tu, berbuka makan tak banyak. Tau dah kenyang minum air je nanti. Betul ke tidakkkkk :P

So far, puasa baru seminggu ni, lauk berbuka aku sempoi je. Satu lauk berat, lauk sampingan telor dadar. Kadang lauk berat satu je, pastu kurma. Farid suka murtabak. Kalau dia ada ke param, ada lah murtabak. Macam semalam takdek ke param, so takdek murtabak, takpe kita makan je ape yang ada. Menu semalam ikan rebus goreng, kicap cili bawang, telor dadar, kurma. Tu pun dah penuh meja. Sahur tengoklah kalau ada balance lauk berbuka tu, aku telan je. Takdek kalu, aku sahur susu lembu + nesvita. Kengkadang milo panas. Kurma pastilah wajib 3 bijik. Kemudian air satu lori. Kahkah. Belum pagi lagi tu, dah keluar masuk toilet buang air kecik. Kencing bagai nak rak, kurusnya tidak. Akakaka

Aku macam berazam nak buat kuih hari hari. Makcik makcik sangat kan. Tapi takat ni tak berjaya lagi pun, kelam kelibut lagi jadual masak tak betul lagi. Sempat buat lauk, tanak nasik, prepare meja siapkan budak blablabla. Kuih dalam list nak buat simple je pun, itu pun tak sempat. Tak well-prepared aku ni. 

Alah mengaku je..