Wednesday, November 26, 2014

Kursus KPP.


Finally, tercapai cita cita nak buat lesen kereta tahun ni. Lepas dah delay banyak tahun. Kahkah. Dan aku sepatutnya dah ada lesen kereta since 2004 lagi, tapi itu jam kakngah aku cepat habes dulu, meninggalkan aku sorang diri. Teros aku malas nak sambung buat. Itu yang burn gitu je. t_t

Dulu aku amek ngan Metro. Ikut update lah sangat masa tu. Metro ni kan gagal sekali tidak bermakna anda perlu bayar berkali kali. Sekali gagal boleh repeat banyak kali ikut tahap kerajinan anda. Dan percuma saja. Itu jaminan depa. Tapi this time aku tak amek dengan Metro dah. Ada jugak pm kat fb, mintak latest price depa. Terkini 1600 hokay. Pengsan bangun pengsan bangun aku. Dulu kos dalam 800 lebih je. Itu yang kali ni aku beria google tempat lain. Carik punye carik, dapatlah Skem ni. Member baik aku tolong dan check kan sekali Skem ni memang valid dan wujud. Risau jugak ye dak internet ni.

So aku riki harga, dapat 950+80 untuk P dan kalau nak ansuran tambah 100. Aku amek sekali ansuran. Memang taknak bayar cash sedebuk, sebab nye malas nak progress lambat. Bayar 3 kali ni, nampak la sikit kedatangan aku tu tiap bulan. Biasa nya macam tu lah, bayar full, jadualnya delay. Aku ni nak cepat.


Lepas dah setel deal apa semua, sabtu lepas, aku pi kursus KPP iaitu ceramah selama 6 jam yang melesukan. Huhu. Dah lah takdek geng lagi. Semua buat hal masing masing je. Yelah, tak kenal kan. Haha. Teros aku menjadik seorang budak yang pendiam. Lunch pon sorang sorang. Loser betul rasa. Dalam ceramah yang serba lama tu, penceramah ajar macam macam lah kan. Asal aku rasa nak mengantok je, dia bagitau soalan ni mungkin akan keluar dalam ujian berkomputer nanti. Alamak! Teros buntang aku. Cepat cepat highlight yang penting penting. Yang lagi potong, boleh pen aku dakwat tersekat sekat. Eh sakit hati kita.

Start ceramah tu jam 10.30 pagi, lewat setengah jam. Itu yang habes pukul 4.30 petang. Tapi habes kursus je hujan lebat gila. Cikgu driver datang jemput pukul 5 lebih kot. Dengan 2 students yang lain. Sampai rumah lebih kurang 6 lebih jugak. Takpelah ye dak, dia jemput percuma, nak cakap banyak pulak. :D

Aku dah call cikgu untuk set sabtu ni ujian berkomputer. Jumaat nanti baru dia confirm dalam jadual. Harap tak penuh lah. Aku target bulan 1 lesen dah keluar. Tak sabar nak hantar anak pi balik sekolah. Sebab tu lesen ni penting untuk aku. Selain dari pi bersosial lah, opcoz. :p

Friday, October 31, 2014

FahrinLuqman.

Haii..

Lama betul tak borak borak pasal hero hero blog aku ni kan. Dah besar memasing. Masih menjadik yang sulung dan masih lagi si bongsu. asewah. Belom lagilah nak tambah anak. Amboi pandai suruh kita je. Nak tolong jaga ke? :P

Anak anak aku ni karektor memasing tak sama. Sorang garang, sorang mudah terluka. Sorang kuat makan, sorang jaga badan. Tapi mereka sangatlah rapat. Fahrin adalah idola dan mentor Luqman. Semua yang fahrin buat, adik fokus lalu mentiru. Tapi belom tengok dorang bertekak lagi. Rapat rapat gak, lawan mesti lawan. Haha. Lepas tu, drama air mata. cit. Macam biase, memerlukan suara nyaring emaknye untuk meleraikan. Riuh rendah lah rumah selagi depa belom beradu. :)

Aku sedar aku garang.  Payah betul nak menjadi ibu yang lembut. Tapiii.. Walaupon aku mak yang garang, walau asek kena marah je bebudak ni. Anak anak mesti carik aku. Kena marah ngan mak, nanti datang peluk kaki mak. Mintak maaf kat mak. :') Pandai bodek mak jugak. Tau buat silap, sikit sikit kang cium pipi, dua dua belah pulak tu. Cium dahi, peluk mak. Siap ayat bodek dorang "sayang umii.. ummuahhh" lembik aku. Hahaha

Bak kata bapaknye lah kan. "awak garang garang pon, anak carik jugak awak.." <3 lalalalala betapa garang namun diselitkan unsur kasih sayang. Kahkah.

Tahun depan fahrin menghampiri 5 tahun. Manakala, adiknye berusia 3 tahun. Sememangnya waktu yang sesuai untuk dilengkapi dengan seorang lagi bayi. (?) Ok ok jokinglah ape ni gurau pon tak boleh. Grr. Mengikut perancangan, mereka bakal disekolahkan. Bakal menduduki tadika dan taska sepanjang hari insyaalllah. Sekolah ape belom dipastikan lagi.

Aku perasan adik ni mainan kegemaran pon tiru fahrin. Macam takdek identiti sendiri kehkehkeh. Fahrin minat Super Macio (dia sebut)  dan dan adik minat gak. BumbleBee Optimus Prime bagai semua tu sepatutnye belom sampai lagi zaman adik. Tapi sebab tengok fahrin main, dia tirulah. Dah la mainan kena beli dua. Macam kembor.

Ape sajalah korang berdua ni. Korang ni pelengkap hidup mak tau. Sayang mak sampai syurga occay?

Wednesday, October 15, 2014

Jubah pertama.

Jubah sekarang dah trending kan. Merata nampak orang jual. Tinggal pilih je ha. Punyelah senang hidup zaman sekarang. Sediakan pulus je. Setel. Haha. Macam aku, memang minat jubah. Tapi tah kenapa baru sekarang aku beli. Faktor usia ke cemane? hm.. Ke sebab jubah jubah sekarang tak macam dulu dah. Dulu warna kebanyakkan hitam je. Plain atau guna batu batu. Aku tak berapa gemar fesyen gitu. Syukur gila, sekarang jubah dah banyak improvement.

Tapi ada jugak jubah pattern pelik pada aku. Macam buat jubah guna kain melekap. Potong gila. Lagi simple lagi aku suka. Taste aku mesti jubah tu loose, tak melekap, kain sedap, dan simple. Jubah ni kalau pakai melekap kat badan, menampakkan susuk body, bukan jubah lah kot pada definisi aku.

Banyak jenama jubah yang menarik perhatian aku. Contoh macam, Calaqisya jubah syifa ngan sumayyah. Peh kenan gila. Aku plan nak menabung beli jubah ni ah. Jenama lain macam rinasalleh, dreemika, jovian abaya, ruccimodish. Tapi Jovian tu mahal sangat. Kalau dapat voucher 50% mungkin boleh dipertimbangkan.

Aku nak cerita pasal jubah baru beli je pun. Melalut lalut. Hahahaha


Ha lawa tak lawa tak? *sengaja bagi besar gambar* Kehkehkeh

Jubah AmieraHijab. Bangga aku rodong zaman blog dah ade jenama baju sendiri.

Korang boleh cuba. Dijamin tak mengecewakan. Kain nya lawa, jatuh flowly, sejuk je. Sequin tu macam tak menganggu sangat bila aku dukung anak buah aku. Ada zip kat lengan, nursing friendly lagi. Memang menepati ah piawaian aku.

Raya tahun depan nak pakai jubah lah. Hahaha. Awal sangat pikir ni. Pedulik. 

Thursday, September 18, 2014

Syawal Bersama.

Ohh.. Tahun ni paling meriah ah bagi aku raya. Ramai kengkawan dapat jumpa selain sanak saudara la. Paling havoc tahun ni ah. Best best. Kita patut buat potluck lah. Ramai lagi tak dapat jumpe ni.

ape ape pun meh layan gambar.. eh jap ade jugak kawan kawan yang datang beraya tapi tak sempat bergambar. Tapi takpe, dah bergambar dalam hati. pewittt


ha ni. Kawan lama ni. Kenal dari blog since 2006 ke 2007 ke pit? Tapi yang pasti, kita berkenalan sejak aku belom kawen lagi kan. Ni antara kawan paling setia ym ngan aku sampai sekarang ni ha. Hari hari borak macam orang tengah bercinta. Kahkahkah. Mak buyung kesayangan aku ni. Tengoklah perut beliau yang kecik comey je. Esok esok aku pregnant pinjam perut ko ah.


Gambar ni nak tunjuk betapa reneknye aku di sisi beliau. Begitu tinggi dan lampai.

ok close up.

Gambar gambar bawah ni taleh dah nak susun molek molek. Malas aku. Sekali upload terabur semua atas bawah. Pandai pandai la layan sendiri. Haha


Ni mase open house rumah zaza. Kemain aku tapau cookies raya sekali dah otw balik boleh baru teringat aku tertinggal atas kabinet tv beliau. cis. Dah la cookies sedak. grr

*midah, aku, kak nurul, tuan rumah zaza dan kak ana*


 *kak ena, aku lagi, kak nurul, tuan rumah zaza dan kak ana*


Aku lagi. Haha. Tak boleh tahan la tengok kecomelan si deeja ni. Bibir kemain kau seksi habis. Terbelah belah bibir tu.


*kak ena, kak ana, kak nurul, mieraaa!! haha, aku lagi macam biase menyelit, mar mama qaseh dan tuan rumah*


Group photo. Haruslah kan. Dah jumpe ramai ramai gini mane boleh lepas sesi bergambar beramai ramai.


Sepatutnye ni gambo atas dulu. Mak mak as usual.


Lama sangat hoih tak jumpe ko rodong weh! Bile jumpe tergamam tengok. Ternyata lebih cun dari dulu :-*


Dengan Amily. Aku keje nye mendukung anak member je. Anak sendiri reti bawak diri. Senang aku nak belek anak anak yang lain. Haha


Raina, Luqman ngan Qaseh.


Syok habes kekanak ni bermain. Dulu jumpe baby baby lagi. Sekarang ha dah beso belaka.

ok ok, ni dah masuk rumah N pulak. Minggu seterusnye. Kahkahkah. Yang ni paling gamble lah aku. Aku fahrin ngan luqman je naik train sampai ke shah alam. Pastu kak nurul jemput kat komuter shah alam. Gamble ah kira tu. Mane penah nye aku bawak bebudak ni sorang-sorang. Biase ade jugaklah naik bas, naik train, naik lrt ngan bapaknye. Ni sorang kot. Susah gak ah memula nak kawal. Basah ketiak ok.


Elok aku baru sampai, ramai dah nak balik. Adeh. Lepas salam sekian sekian, member lak ramai dah nak balik pi lokasi lain, aku teros lah serang nasik ayam power N, bagai yang diceritakan dalam wasap. Memang sedak. Aku pikir nak tambah nasik, tapi segen :p Lapor memang lapor. Makanlah ala kadar gitu. Haha


Tengah suap luqman makan. Fahrin takyah tanye. Dia busy main ngan kengkawan dia. Tapi otw balik tu ha mintak makan macam macam. Nasib tak terberak dalam train.


Ok ok. Group photo again. *Zaza, mar mama qaseh, aku hiks, kak nurul, dira, tuan rumah N tudung biru, dan kak ana bersama puterinye zara*


Lawo rumah N. Ni kalau umah sendiri ade cermin besar gabak gini, meriahlah aku selfie hari hari. Hahahaha..


Kebulur sangat aku. Dari malam biar perut kosong demi nak makan nasik ayam N.


anak anak bersosial.


Kelakar tengok gelagat Raina. Kakak kawasan sangat dia. HAHA yang lain semua anak anak buah dia. HAHAHA


*tuan rumah N, aku, Kak Ana, Kak Nurul dan Zaza*


*N, Miera, Kak Nurul, Juelee, Zaza, Mar mama qaseh, Marziey, Kak Ana dan aku*


Aik mane pi Zaza pulak ni. Aku maintain pegang Amsyar the blue baby. Hehe


Ni pulak minggu seterusnya sebelum nak pi umah Kak Fad. Pi umah member aku dulu. Kat batang kali. Jauh betul rase. Dia bleh rilek je ulang alik gi keje kat selayang tu hari hari. Perghh kental habislah.


Selamat hari raya Hajar. Tengkiu bagi pinjam bahu sokmo. :)


Beraya ke umah Kak Fad pulak. Sumpah best giler jumpe reramai gini. Ni belum ramai lagi. Ade lagi kengkawan blogger yang tak dapat join. Ni yang kat kl lah ramai. Boleh lah sokmo jumpe jumpe.


*Elly, Dira, Kak Ena, Kak Ana, Dayu, aku, Kak Fad tuan rumah, Kak Azie, bawah tuMar mama qaseh, Dina, Kak Yaya, Kak Nurul, dan Hany*






Aku dapat gak pegang Elma!! Comel sangat plis 



candid candid :p


dengan cik aneem yang omey omey. 


*peh sedak*


mak buyung tengah prepare untuk tetamu. Memang rakuslah kena serang lepas tu. huhu


Ha ni rare. First time dapat jumpe Na. muah ciked. Haha



*Dina yang lawo comey giler tu, aku ngan Dayu*


Amsyar tengok ape tu?


Selfie!!!


Hahahaha. Habes seluruh pelosok penjuru selfie.




Tudia besday girl tengah mamam. Ditemani abang macho gitu. Joke pulak tengok gambar ni. HAHA


*last pic*

Ramai yang dah balik dulu, so tak dapat jumpe, meh la tepek gambar kat sini.



*gambar dari blog kak ana dan ihsan wasap group*