Wednesday, October 15, 2014

Jubah pertama.

Jubah sekarang dah trending kan. Merata nampak orang jual. Tinggal pilih je ha. Punyelah senang hidup zaman sekarang. Sediakan pulus je. Setel. Haha. Macam aku, memang minat jubah. Tapi tah kenapa baru sekarang aku beli. Faktor usia ke cemane? hm.. Ke sebab jubah jubah sekarang tak macam dulu dah. Dulu warna kebanyakkan hitam je. Plain atau guna batu batu. Aku tak berapa gemar fesyen gitu. Syukur gila, sekarang jubah dah banyak improvement.

Tapi ada jugak jubah pattern pelik pada aku. Macam buat jubah guna kain melekap. Potong gila. Lagi simple lagi aku suka. Taste aku mesti jubah tu loose, tak melekap, kain sedap, dan simple. Jubah ni kalau pakai melekap kat badan, menampakkan susuk body, bukan jubah lah kot pada definisi aku.

Banyak jenama jubah yang menarik perhatian aku. Contoh macam, Calaqisya jubah syifa ngan sumayyah. Peh kenan gila. Aku plan nak menabung beli jubah ni ah. Jenama lain macam rinasalleh, dreemika, jovian abaya, ruccimodish. Tapi Jovian tu mahal sangat. Kalau dapat voucher 50% mungkin boleh dipertimbangkan.

Aku nak cerita pasal jubah baru beli je pun. Melalut lalut. Hahahaha


Ha lawa tak lawa tak? *sengaja bagi besar gambar* Kehkehkeh

Jubah AmieraHijab. Bangga aku rodong zaman blog dah ade jenama baju sendiri.

Korang boleh cuba. Dijamin tak mengecewakan. Kain nya lawa, jatuh flowly, sejuk je. Sequin tu macam tak menganggu sangat bila aku dukung anak buah aku. Ada zip kat lengan, nursing friendly lagi. Memang menepati ah piawaian aku.

Raya tahun depan nak pakai jubah lah. Hahaha. Awal sangat pikir ni. Pedulik. 

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantik

Tengku Fauziana said...

selesa kan reen..
raya taun depan senang pakai jubah je ken..
xyah pening2 nk cari kain..hahaha..

wardah @ fie shah said...

Cantik gilerrr! Ni yg teringin 1 ni. Ahahaha..

NURUL JAMIAN said...

Cantik suka

Maimun Razali said...

weeewittt cantik sangat

Norhidayu Abdullah said...

eh..eh..ni sape tiru plan sape ni? aku pun plan nak jubah je...tgh pilih kaler, tempah awal2 dr amierahijab...

cun lah beb ko nyer jubah

nor nazliana said...

lawa jubah tu cantiknyerr