Friday, October 31, 2014

FahrinLuqman.

Haii..

Lama betul tak borak borak pasal hero hero blog aku ni kan. Dah besar memasing. Masih menjadik yang sulung dan masih lagi si bongsu. asewah. Belom lagilah nak tambah anak. Amboi pandai suruh kita je. Nak tolong jaga ke? :P

Anak anak aku ni karektor memasing tak sama. Sorang garang, sorang mudah terluka. Sorang kuat makan, sorang jaga badan. Tapi mereka sangatlah rapat. Fahrin adalah idola dan mentor Luqman. Semua yang fahrin buat, adik fokus lalu mentiru. Tapi belom tengok dorang bertekak lagi. Rapat rapat gak, lawan mesti lawan. Haha. Lepas tu, drama air mata. cit. Macam biase, memerlukan suara nyaring emaknye untuk meleraikan. Riuh rendah lah rumah selagi depa belom beradu. :)

Aku sedar aku garang.  Payah betul nak menjadi ibu yang lembut. Tapiii.. Walaupon aku mak yang garang, walau asek kena marah je bebudak ni. Anak anak mesti carik aku. Kena marah ngan mak, nanti datang peluk kaki mak. Mintak maaf kat mak. :') Pandai bodek mak jugak. Tau buat silap, sikit sikit kang cium pipi, dua dua belah pulak tu. Cium dahi, peluk mak. Siap ayat bodek dorang "sayang umii.. ummuahhh" lembik aku. Hahaha

Bak kata bapaknye lah kan. "awak garang garang pon, anak carik jugak awak.." <3 lalalalala betapa garang namun diselitkan unsur kasih sayang. Kahkah.

Tahun depan fahrin menghampiri 5 tahun. Manakala, adiknye berusia 3 tahun. Sememangnya waktu yang sesuai untuk dilengkapi dengan seorang lagi bayi. (?) Ok ok jokinglah ape ni gurau pon tak boleh. Grr. Mengikut perancangan, mereka bakal disekolahkan. Bakal menduduki tadika dan taska sepanjang hari insyaalllah. Sekolah ape belom dipastikan lagi.

Aku perasan adik ni mainan kegemaran pon tiru fahrin. Macam takdek identiti sendiri kehkehkeh. Fahrin minat Super Macio (dia sebut)  dan dan adik minat gak. BumbleBee Optimus Prime bagai semua tu sepatutnye belom sampai lagi zaman adik. Tapi sebab tengok fahrin main, dia tirulah. Dah la mainan kena beli dua. Macam kembor.

Ape sajalah korang berdua ni. Korang ni pelengkap hidup mak tau. Sayang mak sampai syurga occay?

Wednesday, October 15, 2014

Jubah pertama.

Jubah sekarang dah trending kan. Merata nampak orang jual. Tinggal pilih je ha. Punyelah senang hidup zaman sekarang. Sediakan pulus je. Setel. Haha. Macam aku, memang minat jubah. Tapi tah kenapa baru sekarang aku beli. Faktor usia ke cemane? hm.. Ke sebab jubah jubah sekarang tak macam dulu dah. Dulu warna kebanyakkan hitam je. Plain atau guna batu batu. Aku tak berapa gemar fesyen gitu. Syukur gila, sekarang jubah dah banyak improvement.

Tapi ada jugak jubah pattern pelik pada aku. Macam buat jubah guna kain melekap. Potong gila. Lagi simple lagi aku suka. Taste aku mesti jubah tu loose, tak melekap, kain sedap, dan simple. Jubah ni kalau pakai melekap kat badan, menampakkan susuk body, bukan jubah lah kot pada definisi aku.

Banyak jenama jubah yang menarik perhatian aku. Contoh macam, Calaqisya jubah syifa ngan sumayyah. Peh kenan gila. Aku plan nak menabung beli jubah ni ah. Jenama lain macam rinasalleh, dreemika, jovian abaya, ruccimodish. Tapi Jovian tu mahal sangat. Kalau dapat voucher 50% mungkin boleh dipertimbangkan.

Aku nak cerita pasal jubah baru beli je pun. Melalut lalut. Hahahaha


Ha lawa tak lawa tak? *sengaja bagi besar gambar* Kehkehkeh

Jubah AmieraHijab. Bangga aku rodong zaman blog dah ade jenama baju sendiri.

Korang boleh cuba. Dijamin tak mengecewakan. Kain nya lawa, jatuh flowly, sejuk je. Sequin tu macam tak menganggu sangat bila aku dukung anak buah aku. Ada zip kat lengan, nursing friendly lagi. Memang menepati ah piawaian aku.

Raya tahun depan nak pakai jubah lah. Hahaha. Awal sangat pikir ni. Pedulik.