Wednesday, November 26, 2014

Kursus KPP.


Finally, tercapai cita cita nak buat lesen kereta tahun ni. Lepas dah delay banyak tahun. Kahkah. Dan aku sepatutnya dah ada lesen kereta since 2004 lagi, tapi itu jam kakngah aku cepat habes dulu, meninggalkan aku sorang diri. Teros aku malas nak sambung buat. Itu yang burn gitu je. t_t

Dulu aku amek ngan Metro. Ikut update lah sangat masa tu. Metro ni kan gagal sekali tidak bermakna anda perlu bayar berkali kali. Sekali gagal boleh repeat banyak kali ikut tahap kerajinan anda. Dan percuma saja. Itu jaminan depa. Tapi this time aku tak amek dengan Metro dah. Ada jugak pm kat fb, mintak latest price depa. Terkini 1600 hokay. Pengsan bangun pengsan bangun aku. Dulu kos dalam 800 lebih je. Itu yang kali ni aku beria google tempat lain. Carik punye carik, dapatlah Skem ni. Member baik aku tolong dan check kan sekali Skem ni memang valid dan wujud. Risau jugak ye dak internet ni.

So aku riki harga, dapat 950+80 untuk P dan kalau nak ansuran tambah 100. Aku amek sekali ansuran. Memang taknak bayar cash sedebuk, sebab nye malas nak progress lambat. Bayar 3 kali ni, nampak la sikit kedatangan aku tu tiap bulan. Biasa nya macam tu lah, bayar full, jadualnya delay. Aku ni nak cepat.


Lepas dah setel deal apa semua, sabtu lepas, aku pi kursus KPP iaitu ceramah selama 6 jam yang melesukan. Huhu. Dah lah takdek geng lagi. Semua buat hal masing masing je. Yelah, tak kenal kan. Haha. Teros aku menjadik seorang budak yang pendiam. Lunch pon sorang sorang. Loser betul rasa. Dalam ceramah yang serba lama tu, penceramah ajar macam macam lah kan. Asal aku rasa nak mengantok je, dia bagitau soalan ni mungkin akan keluar dalam ujian berkomputer nanti. Alamak! Teros buntang aku. Cepat cepat highlight yang penting penting. Yang lagi potong, boleh pen aku dakwat tersekat sekat. Eh sakit hati kita.

Start ceramah tu jam 10.30 pagi, lewat setengah jam. Itu yang habes pukul 4.30 petang. Tapi habes kursus je hujan lebat gila. Cikgu driver datang jemput pukul 5 lebih kot. Dengan 2 students yang lain. Sampai rumah lebih kurang 6 lebih jugak. Takpelah ye dak, dia jemput percuma, nak cakap banyak pulak. :D

Aku dah call cikgu untuk set sabtu ni ujian berkomputer. Jumaat nanti baru dia confirm dalam jadual. Harap tak penuh lah. Aku target bulan 1 lesen dah keluar. Tak sabar nak hantar anak pi balik sekolah. Sebab tu lesen ni penting untuk aku. Selain dari pi bersosial lah, opcoz. :p