Monday, December 28, 2015

Penghujung 2015.

Sepanjang tahun 2015 ni, bab kesihatanlah paling menguji aku. Demam sepakej dengan benda benda basic yang lain, kebah.. Akhirnya datang semula demam - kebah - demam - kebah dan sekarang sedang sengsara demam, batuk, selsema yang tak tahu bilalah nak kebah.

Letih sungguh. Letih sebab tang batuk tu.. Hidung berair time tidur malam aku boleh tahan lagi. Kalau dah terbatuk, 4 pagi terjaga, memang termuntah muntah lah jawabnya. Jumpa doktor pun sudah, mungkin sedang dalam fasa ; nak kebah. Insyaallah.

Anyway, selamat tahun baru kepada kengkawan atau pengunjung blog ni. Semoga kita dapat perbaiki diri, menjadi lebih baik dari hari hari yang lepas.

Tak kuasa dah aku nak berazam lebih lebih, cuma harapnya, dapatlah menjadi seorang ibu yang lebih tenang..

Thursday, August 06, 2015

Syawal 2015.

Assalamualaikum.. Happy raya gais. How's your raya? Havoc? Seronok makan? Makan manyak taakkk?? Hahaha... Tak berani ah aku nak naik penimbang buat masa sekarang ni. Melantak macam membela je.. Hari tu molek je dagu dabel chin, sikalang sudah triple chin. Ke fourchin? Kahkah nasiblah...

Oh eniway, our family photos. Macam biasa, perusak gambar sentiasa membikin onar. Takpa.. Takpa.. Nanti aku compilekan semuaaaaa gambar raya family ni, dah besar esok umi albumkan khas untuk uols berdua ye. Terimalah. Album raya random uols. huhh.. Ini ada la jugak pakai songkok. Last year lepas mandi pagi raya, nak pakaikan fahrin baju melayu baru dia. Ada ke patut dia nak koyakkan baju melayu dia? Direntap rentap sebab nak pakai tiset je. Ewah sangat. Peel tu peel. Grr. Tu baru abang. Adik belum lagi. Tak campur bapak budak lagi. Ehehehe selamat hari raya awaaa :D

Salam raya ngan umi pun merajuk rajuk anak anakku ini. Sabar je lah.

Raya kali-7. Aidilfitri 2015.

Friday, June 26, 2015

Hujung Minggu : Tengok Wayang


Cerita apa? Dinosaur lah.. Tengok teaser tuari pun dah peh peh best ni best. Memang berbaloi rasa tengok kat panggung. Puas hati ah. Seat pon best. Bebudak semua ok. Cuma aku pening luqman kejap nak duduk atas aku, kejap gi kat apak dia, kejap nak duduk sorang jangan kacau dia. Apa sajalah awak dik..

Siapa belom gi tengok, gi ah. Bawak anak boleh, Nak dating boleh. Terpulang. Dedua best. Haha.

Aku rasa fahrin ngan adik dia ni start tengok movie serentak berdua tu kalau tak salah aku macam tahun 2013 kot. Aku bawak dorang tengok Bola Kampung kat ecurve. Lepas dari tu memang sokmo je bawak, dorang pun steady je tak berapa nak buat perangai pelik pelik kat dalam panggung. Kira lulus la nak bawak pun.

Nampak dorang macam happy sangat ah bila kadang ada aktiviti tengok wayang gini. Kira macam reward kat dorang la kalau behave. Etlis sebulan sekali ah bawak pun itu pun aku rasa macam kerap kahkah. Pastu seronok ah tengok dorang macam excited dok tunggu je wiken kalau dah janji nak bawak. Itu yang aku decide better beli movie clubcard. Senang. Boleh earn points. Pastu dapat tebus tiket free. Kali pertama beli movie club tu, dia dah sekalikan ngan popcorn, air, tiket 2 orang. Time birthday dapat lah tiket free lagi. Pastu cukup point tebus lagi tiket free.

Masuk panggung haruslah beli popcorn kan. Luqman tu umak aiii kerek. Popcorn kena beli satu kat dia. Conquer sorang siap peluk dia tu. Fahrin nak masuk tangan mintak ciked pun dia tepis tangan abang tu. Maka nya, terpaksa la gi beli extra lagi satu baru boleh kongsi bertiga.

Aku bawak dorang tengok kat one utama je. Senang paling dekat ngan umah. Ada la sekali gi tengok kat klcc. Maigad ramai gila umat. Pastu tengok bangla ngan aku macam takdek beza. Huhu. Pack sangat lah situ. Tak kuasa aku nak membangla kan diri kat situ. Meh la kita gi tempat yang tenang sikit.

Thursday, June 25, 2015

Seminggu Ramadhan.

Alhamdullilahhhh.. Selesai dah seminggu puasa. Ada lagi 3 minggu untuk kita merindui ramadhan. :')

Kejap je kan. Macam baru je sambut puasa pertama khamis lepas. Dah jumpa khamis baru. Esok nak balik kampung, plan nak berbuka ngan family mertua pulak. Bulan puasa yang mulia ni dapat gak balik awal setengah jam, jadiklah tu. Tapi tapi kan.. esok nak mintak bos balik awal sikittt kot. Pukul 4 lebih kurang. Pasal nak balik kampung, nak berbuka sekali. KL-Temerloh biasa sejam lebih tapinye nak round round bazar kalau dan kahkah ada hati tu macamkan takdek hari sabtu. Huahua

Takdeklah... Kiteorang amek order makcik farid kat kampung tu. Dia kirim belikan nasik arab al-rawsha. Takkan nak balik ngam ngam sampai pukul 6 lebih ye dak. Kang dia nak panaskan nasik arab tu lagi. Nak prepare lagi. Harap sempatlah staff al rawsha hantar nasik esok kat umah. Boleh delivery katanya. Tayah nak ke kampung pandan semata nak beli nasik arab tu. Maklum la lepas jumaat kan waktu puncak. Jem githuw.

Untuk umah mertua kang, beli lamb madghut ser, chicken mandy ser. Cukup la tu, berbuka makan tak banyak. Tau dah kenyang minum air je nanti. Betul ke tidakkkkk :P

So far, puasa baru seminggu ni, lauk berbuka aku sempoi je. Satu lauk berat, lauk sampingan telor dadar. Kadang lauk berat satu je, pastu kurma. Farid suka murtabak. Kalau dia ada ke param, ada lah murtabak. Macam semalam takdek ke param, so takdek murtabak, takpe kita makan je ape yang ada. Menu semalam ikan rebus goreng, kicap cili bawang, telor dadar, kurma. Tu pun dah penuh meja. Sahur tengoklah kalau ada balance lauk berbuka tu, aku telan je. Takdek kalu, aku sahur susu lembu + nesvita. Kengkadang milo panas. Kurma pastilah wajib 3 bijik. Kemudian air satu lori. Kahkah. Belum pagi lagi tu, dah keluar masuk toilet buang air kecik. Kencing bagai nak rak, kurusnya tidak. Akakaka

Aku macam berazam nak buat kuih hari hari. Makcik makcik sangat kan. Tapi takat ni tak berjaya lagi pun, kelam kelibut lagi jadual masak tak betul lagi. Sempat buat lauk, tanak nasik, prepare meja siapkan budak blablabla. Kuih dalam list nak buat simple je pun, itu pun tak sempat. Tak well-prepared aku ni. 

Alah mengaku je..

Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan 2015.


Alhamdullilah, syukur bulan yang ditunggu tunggu dah sampai. InsyaAllah, nak perbaiki diri lebih baik. Mana yang buruk buruk tu, tanak dah ulang lagi. Semoga Allah kuatkan iman. Kuatkan hati, lindungi segala pancaindera yang Dia kurnia ni.

Semoga ramadhan kali ni, membawa seribu rahmat buat kita semua. InsyaAllah amin.

Selamat berpuasa semua!

Friday, June 12, 2015

The Littlest Things. By Miss Suze Rotolo.

Bersyukur aku tak terrrr buang buku ni..

*****

Hujung minggu lepas, aku lepaking dalam bilik stor. Cadang memula nak kemas barang dan buang ah mana yang tak perlu. Biasanya impian tu selalu tinggal impian bila aku start ralit dengan benda lain. Hehe. Dok punggah punggah, tetiba je ada majalah roxes ni, macam bukan aku yang beli kot. Atau mungkin, farid bawa balik dari assignment dia. Aku lama dah tak beli majalah deep deep cenggini, kalau aku beli pun, aku selalu beli komik kartun ujang. Susah nak buang minat yang satu ni.

Dah berapa banyak dah buku buku komik aku, mak paksa aku buang pastu bakar. Itupun aku cerdik sikit dulu, cerdik menipu. Mak tanya, dah bakar belaka ke? Selamba jawap ye mak. Padahal ada gak la separuh aku sorok bawah katil. Sayang oi. Kalau still simpan semua sampai sekarang, maybe dah boleh bukak kedai. Sedey betui. Sanggup tak makan, beli komik.

Patutlah mak selalu berleter dulu, haha. Buku buku ni semua boleh rebus, pastu minum air dia. Kehkehkeh ayang mak!


"For the fact that bila kita rapat dengan seseorang and the bond eventually becomes strong, mesti ada something that we cherish doing and having, but only to realize it at the later part of our lives. At least for that time being, pada masa itu kita rasa tidak perlu untuk actually point it out and stating the obvious."

hmmm.. betul tu betul..

Wednesday, May 27, 2015

Kek Lego.


Finally, kek impian fahrin. Hepi kemain bujang sorang tu. Maklum la, dah pandai enjoy birthday party bagai. Sokmo attend party anak kengkawan, dia usha kek dulu, pastu bisik bisik kat emak dia. Tahun ni merupakan tahun pertama fahrin dengan luqman masuk sekolah. Boleh kata, macam setiap minggu kot parents hantar goodies ngan kek kat sekolah. Tiap kali bawak balik goodies, dia tanya bila turn dia? Macam tak sedap pulak kalau aku hampakan dia..

Ikutkan tahun ni aku tak plan nak buat birthday kat sekolah, tapi pikir balik, kalau kalau next year pindah ke, dah tak sekolah situ ke, macam takdek pulak kenangan kat sana. Lagipun kek je pun.. Takdek niat terpesong, memang nak happykan budak budak je. Tengok dorang seronok ngan kengkawan, tersengih gak aku.

Bila tanya fahrin nak kek ape, cepat pilih. Nak baymax ke nak lego? Dengan pantasnye, dia cakap nak lego!! Omboihhh. Lego lego lego naik cemuih mak dengar. Selagi tak dapat tu lah, dia mintak.

Kek ni aku order ngan kakfad. Dia ni antara geng blogger yang hebat membaking. Rugi tak tempah ngan dia. Rasa, skill dia memang tak payah sangkal lagi. Memang zebesttttt. Aku dok ralat lagi tak puas makan creampuff dia. Ya Allah sedak gile memang menangis sambil makan.

Bab deco memang aku serah kat dia, air tangan dia buat apa pun semua mengikut taste aku. Gituu... So korang yang mana nak rasa sendiri kek buatan dapo kakfad bleh roger dia di talian;

IG : thesweetwonders
Fad : 016-225 4594




Tuesday, May 26, 2015

Thursday, January 15, 2015

Hai

Lama tak masuk sini. Blog sapa lah ni. kuikui

Banyak benda nak cerita sini. Banyaaaak sangatt sampai tak tahu nak cerit mana satu. Nak taip macam dolu dolu tak senang sangat lah beb. Malas betul.. Dulu masuk opis hambek terus hadap blog dulu. Dasar makan gaji buta. Hahaha.. Btw, target aku untuk last year so far so good. Lesen L ai dah dapat. wiwiwi. Target anak anak sekolah tahun ni pun tercapai. Target untuk pregnant 3by30 tu bukan ye. 3before35 tu insyaallah. (konon je target, sekali hujung taun lepak labour room) kahkah.

Ehh tahun ni aku dah 29 lah. wah. Angka terakhir lah 20an ni. 30an tu nanti mesti aku macam wanita wanita sangat. Tak sabar occay. Nak hang out ngan kawan kawan baru lah rasa macam rakan sebaya. Kalau keluar ngan siblings rasa macam sebaya mereka saja. Apa ni?! hikhik

Target tahun ni tak banyak mana. Cuma nak konsisten jadik mak yang cemerlang, penyayang ngan lebih banyak bersabar dengan anak anak. Nak kurangkan perangai momster tu ha. My bad.. Tapi kalau nak berubah, ada saja jalan nya ye dok? Doa doakan ku dalam doamu. ewah

Ok nak post entry ni. Kang delay delay, dia jadik draft. Kahkah. Bai!