Wednesday, May 27, 2015

Kek Lego.


Finally, kek impian fahrin. Hepi kemain bujang sorang tu. Maklum la, dah pandai enjoy birthday party bagai. Sokmo attend party anak kengkawan, dia usha kek dulu, pastu bisik bisik kat emak dia. Tahun ni merupakan tahun pertama fahrin dengan luqman masuk sekolah. Boleh kata, macam setiap minggu kot parents hantar goodies ngan kek kat sekolah. Tiap kali bawak balik goodies, dia tanya bila turn dia? Macam tak sedap pulak kalau aku hampakan dia..

Ikutkan tahun ni aku tak plan nak buat birthday kat sekolah, tapi pikir balik, kalau kalau next year pindah ke, dah tak sekolah situ ke, macam takdek pulak kenangan kat sana. Lagipun kek je pun.. Takdek niat terpesong, memang nak happykan budak budak je. Tengok dorang seronok ngan kengkawan, tersengih gak aku.

Bila tanya fahrin nak kek ape, cepat pilih. Nak baymax ke nak lego? Dengan pantasnye, dia cakap nak lego!! Omboihhh. Lego lego lego naik cemuih mak dengar. Selagi tak dapat tu lah, dia mintak.

Kek ni aku order ngan kakfad. Dia ni antara geng blogger yang hebat membaking. Rugi tak tempah ngan dia. Rasa, skill dia memang tak payah sangkal lagi. Memang zebesttttt. Aku dok ralat lagi tak puas makan creampuff dia. Ya Allah sedak gile memang menangis sambil makan.

Bab deco memang aku serah kat dia, air tangan dia buat apa pun semua mengikut taste aku. Gituu... So korang yang mana nak rasa sendiri kek buatan dapo kakfad bleh roger dia di talian;

IG : thesweetwonders
Fad : 016-225 4594




No comments: