Friday, June 26, 2015

Hujung Minggu : Tengok Wayang


Cerita apa? Dinosaur lah.. Tengok teaser tuari pun dah peh peh best ni best. Memang berbaloi rasa tengok kat panggung. Puas hati ah. Seat pon best. Bebudak semua ok. Cuma aku pening luqman kejap nak duduk atas aku, kejap gi kat apak dia, kejap nak duduk sorang jangan kacau dia. Apa sajalah awak dik..

Siapa belom gi tengok, gi ah. Bawak anak boleh, Nak dating boleh. Terpulang. Dedua best. Haha.

Aku rasa fahrin ngan adik dia ni start tengok movie serentak berdua tu kalau tak salah aku macam tahun 2013 kot. Aku bawak dorang tengok Bola Kampung kat ecurve. Lepas dari tu memang sokmo je bawak, dorang pun steady je tak berapa nak buat perangai pelik pelik kat dalam panggung. Kira lulus la nak bawak pun.

Nampak dorang macam happy sangat ah bila kadang ada aktiviti tengok wayang gini. Kira macam reward kat dorang la kalau behave. Etlis sebulan sekali ah bawak pun itu pun aku rasa macam kerap kahkah. Pastu seronok ah tengok dorang macam excited dok tunggu je wiken kalau dah janji nak bawak. Itu yang aku decide better beli movie clubcard. Senang. Boleh earn points. Pastu dapat tebus tiket free. Kali pertama beli movie club tu, dia dah sekalikan ngan popcorn, air, tiket 2 orang. Time birthday dapat lah tiket free lagi. Pastu cukup point tebus lagi tiket free.

Masuk panggung haruslah beli popcorn kan. Luqman tu umak aiii kerek. Popcorn kena beli satu kat dia. Conquer sorang siap peluk dia tu. Fahrin nak masuk tangan mintak ciked pun dia tepis tangan abang tu. Maka nya, terpaksa la gi beli extra lagi satu baru boleh kongsi bertiga.

Aku bawak dorang tengok kat one utama je. Senang paling dekat ngan umah. Ada la sekali gi tengok kat klcc. Maigad ramai gila umat. Pastu tengok bangla ngan aku macam takdek beza. Huhu. Pack sangat lah situ. Tak kuasa aku nak membangla kan diri kat situ. Meh la kita gi tempat yang tenang sikit.

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya

Afziha Hafiz said...

Kitorang selalu bawak Alfiy & Aisya pi TGV kat Setiawalk. Seriously, tenang gile sebab takde orang. Siap budak2 main tukar2 seta kat dalam panggung. hahahaha

Aziey said...

Comel anak2 you .. =) saje blogwalking sini pagi-pagi . ..
best tak J'world tu? haritu i tgk i geram and tak puas hati masa mamat hero tu masuk kandang dinasour sebelum make sure yg dinasour tu memang tak de dalam kandang tu .. sebab mamat tu lah dinasour tu keluar.. hahahaa ..

ok take care .. =)