Thursday, June 25, 2015

Seminggu Ramadhan.

Alhamdullilahhhh.. Selesai dah seminggu puasa. Ada lagi 3 minggu untuk kita merindui ramadhan. :')

Kejap je kan. Macam baru je sambut puasa pertama khamis lepas. Dah jumpa khamis baru. Esok nak balik kampung, plan nak berbuka ngan family mertua pulak. Bulan puasa yang mulia ni dapat gak balik awal setengah jam, jadiklah tu. Tapi tapi kan.. esok nak mintak bos balik awal sikittt kot. Pukul 4 lebih kurang. Pasal nak balik kampung, nak berbuka sekali. KL-Temerloh biasa sejam lebih tapinye nak round round bazar kalau dan kahkah ada hati tu macamkan takdek hari sabtu. Huahua

Takdeklah... Kiteorang amek order makcik farid kat kampung tu. Dia kirim belikan nasik arab al-rawsha. Takkan nak balik ngam ngam sampai pukul 6 lebih ye dak. Kang dia nak panaskan nasik arab tu lagi. Nak prepare lagi. Harap sempatlah staff al rawsha hantar nasik esok kat umah. Boleh delivery katanya. Tayah nak ke kampung pandan semata nak beli nasik arab tu. Maklum la lepas jumaat kan waktu puncak. Jem githuw.

Untuk umah mertua kang, beli lamb madghut ser, chicken mandy ser. Cukup la tu, berbuka makan tak banyak. Tau dah kenyang minum air je nanti. Betul ke tidakkkkk :P

So far, puasa baru seminggu ni, lauk berbuka aku sempoi je. Satu lauk berat, lauk sampingan telor dadar. Kadang lauk berat satu je, pastu kurma. Farid suka murtabak. Kalau dia ada ke param, ada lah murtabak. Macam semalam takdek ke param, so takdek murtabak, takpe kita makan je ape yang ada. Menu semalam ikan rebus goreng, kicap cili bawang, telor dadar, kurma. Tu pun dah penuh meja. Sahur tengoklah kalau ada balance lauk berbuka tu, aku telan je. Takdek kalu, aku sahur susu lembu + nesvita. Kengkadang milo panas. Kurma pastilah wajib 3 bijik. Kemudian air satu lori. Kahkah. Belum pagi lagi tu, dah keluar masuk toilet buang air kecik. Kencing bagai nak rak, kurusnya tidak. Akakaka

Aku macam berazam nak buat kuih hari hari. Makcik makcik sangat kan. Tapi takat ni tak berjaya lagi pun, kelam kelibut lagi jadual masak tak betul lagi. Sempat buat lauk, tanak nasik, prepare meja siapkan budak blablabla. Kuih dalam list nak buat simple je pun, itu pun tak sempat. Tak well-prepared aku ni. 

Alah mengaku je..

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

chiku the chucuru said...

i is balik macam biasa. sobsob... kejamnya dunia