Friday, June 12, 2015

The Littlest Things. By Miss Suze Rotolo.

Bersyukur aku tak terrrr buang buku ni..

*****

Hujung minggu lepas, aku lepaking dalam bilik stor. Cadang memula nak kemas barang dan buang ah mana yang tak perlu. Biasanya impian tu selalu tinggal impian bila aku start ralit dengan benda lain. Hehe. Dok punggah punggah, tetiba je ada majalah roxes ni, macam bukan aku yang beli kot. Atau mungkin, farid bawa balik dari assignment dia. Aku lama dah tak beli majalah deep deep cenggini, kalau aku beli pun, aku selalu beli komik kartun ujang. Susah nak buang minat yang satu ni.

Dah berapa banyak dah buku buku komik aku, mak paksa aku buang pastu bakar. Itupun aku cerdik sikit dulu, cerdik menipu. Mak tanya, dah bakar belaka ke? Selamba jawap ye mak. Padahal ada gak la separuh aku sorok bawah katil. Sayang oi. Kalau still simpan semua sampai sekarang, maybe dah boleh bukak kedai. Sedey betui. Sanggup tak makan, beli komik.

Patutlah mak selalu berleter dulu, haha. Buku buku ni semua boleh rebus, pastu minum air dia. Kehkehkeh ayang mak!


"For the fact that bila kita rapat dengan seseorang and the bond eventually becomes strong, mesti ada something that we cherish doing and having, but only to realize it at the later part of our lives. At least for that time being, pada masa itu kita rasa tidak perlu untuk actually point it out and stating the obvious."

hmmm.. betul tu betul..

No comments: