Monday, December 28, 2015

Penghujung 2015.

Sepanjang tahun 2015 ni, bab kesihatanlah paling menguji aku. Demam sepakej dengan benda benda basic yang lain, kebah.. Akhirnya datang semula demam - kebah - demam - kebah dan sekarang sedang sengsara demam, batuk, selsema yang tak tahu bilalah nak kebah.

Letih sungguh. Letih sebab tang batuk tu.. Hidung berair time tidur malam aku boleh tahan lagi. Kalau dah terbatuk, 4 pagi terjaga, memang termuntah muntah lah jawabnya. Jumpa doktor pun sudah, mungkin sedang dalam fasa ; nak kebah. Insyaallah.

Anyway, selamat tahun baru kepada kengkawan atau pengunjung blog ni. Semoga kita dapat perbaiki diri, menjadi lebih baik dari hari hari yang lepas.

Tak kuasa dah aku nak berazam lebih lebih, cuma harapnya, dapatlah menjadi seorang ibu yang lebih tenang..